Friday, September 18, 2009

bismillah

bismillah



Ketika Presiden BALADI tahun itu saudara KHAIRUL FADHLI HUSSIN, merasakan perlu untuk melatih pelajar dari awal dan memberi tarbiah yang khusus untuk pelajar tingkatan 1 bagi memperkasakan lagi sistem kepimpinan bgai generasi akan datang, maka wujudlah Da’I Juniour sebagai satu organisasi dalam BADAN DAKWAH ini bagi memperkasarkan lagi sistem PELAPISAN dan KEPIMPINAN di samping membentuk syakhsiah para pelajar untuk mendekatkan diri kepada dakwah islamiah dan rasa ubudiyyah kepada ALLAH swt. Fungsi Da’i Juniour ini adalah berbeza daripada A’milin, ia merupakan satu langkah awal pihak BALADI untuk memberi tamrin kepada Da’i Juniour ini yang bakal mewarisi semua jenis kepimpinan di sekolah, melalui BADAN DAKWAH. Maksudnya disini Da’i Juniour bukanlah merupakan pelapis khas untuk BADAN DAKWAH sahaja, malahan ia juga untuk semua jenis kepimpinan di MAAHAD DARUL ANUAR seperti BALADI, BADADIS, BKJ, MAKTABAH, SPBT dan Ketua/Penolong Kelas serta lain-lain lagi jenis kepimpinan. Pihak BALADI cuma mengambil kesempatan dalam membentuk syakhsiah pelajar tingkatan 1 kerana merekalah yang bakal mewarisi segala jenis aspek kepimpinan dan aliran di MAAHAD DARUL ANUAR dan di dunia luar yang masih kita tidak ketahui. Hasil usaha keras daripada saudara ABDULLAH ZUBAIR ABDUL MUBORAK, ALLAHYARHAM MUHAMMAD UWAIS AL QARNI serta saudara ADIB (Orang Kuat BALKIS, MML), akhirnya wujudlah Da’ie Junior ini walaupun ianya agak kelewatan kerana ditubuhkan pada hampir penghujung tahun 2007.